Tuesday, June 14, 2011
Bekalan Makan Kucing Habis
Stok makanan kucing dah Habis! hari ni my husband pluk bz sangat tak sempat nak beli makanan terpaksalah 3 ekor kucing kena mengikat perut . Santos memang tak habis merengek miaw,,,miaw cakap lapar le kot dan sambil gesel badan.Kasian kucing semua tido ajalah mereka sementara menunggu my husband balik dan beli makanan. Harap tuannya tak luapa beli makanan.
Kucing pungut
Kisah bermula suami dan jiran ronda-ronda tengok rumah for sale, entah kenapa hati mereka tergerak nak berhenti dan melihat sekitar rumah kosong tersebut? rupanya di bahagian dapur rumah ada kucing dan anak 4 ekor . Setelah diberitahu saya berminat pluk nak membela kucing comel dan bulu cantik. Saya cekut lah 3 ekor.
Disebabkan pengalaman pertama, menjaga kucing yang masih belum buka mata lagi memang susah kena selalu bagi susu dan lepas tu kena bagi dia kencing , tapi bukan masalah kerana minat. 3 minggu dah berlalu tiba-tiba je kucing kena serangang penyakit dan mati mengejut tak sampai 1 jam . Sekali mati pluk 2 ekor. Tinggal lah yang warna kelabu saya sempat bela sebulan pun kena penyakit yang sama . Kematian labu tu memang membuat saya sedih sangat kerana manja sangat. Sehari sebelum mati labu sempat bermain kat halaman rumah dan terguling-guling.
Saya menulis entry ini pun sebagai kenangan dengan kucing yang pernah saya bela. Saya akan upload kan gambar sebagai tatapan kenangan.
Subscribe to:
Comments (Atom)