Tuesday, June 14, 2011

Kucing pungut

Kisah bermula suami dan jiran  ronda-ronda tengok rumah for sale, entah kenapa hati mereka  tergerak nak berhenti dan melihat sekitar rumah kosong tersebut? rupanya di bahagian dapur rumah ada kucing dan anak  4 ekor . Setelah diberitahu saya berminat pluk nak membela kucing comel dan bulu cantik. Saya cekut lah 3 ekor.

Disebabkan pengalaman pertama, menjaga kucing yang masih belum buka mata lagi memang susah kena selalu bagi susu dan lepas tu kena bagi dia kencing , tapi bukan masalah kerana minat. 3 minggu dah berlalu tiba-tiba je kucing kena serangang penyakit dan mati mengejut tak sampai 1 jam . Sekali mati pluk 2 ekor. Tinggal lah yang warna kelabu saya sempat bela sebulan pun kena penyakit yang sama . Kematian labu tu memang membuat saya sedih sangat kerana manja sangat. Sehari sebelum mati labu sempat bermain kat halaman rumah dan terguling-guling.

Saya menulis entry ini pun sebagai kenangan dengan kucing yang pernah saya bela. Saya akan upload kan gambar sebagai tatapan kenangan.

No comments:

Post a Comment